dengarlah bicaraku

menjadi seorang yang terbaik amat payah sekali walau pun mencoba namun ada sahaja yang akan menghalang..

~CINTA adalah ketika kamu menitiskan airmata,tetapi masih peduli terhadapnya~

~CINTA adalah ketika dia tidak memperdulikan mu tetapi kamu tetap masih menunggu dengan setia~

~CINTA adalah ketika dia mula berubah hati dan kamu masih bisa tersenyum walau dalam kepediahan dan berdoa SEMOGAKAMU TEMUI SESEORANG YANG LEBIH SEMPURNA DARIKU..
kerana cinta
bukan semestinya
MEMILIKI RAGANYA
~MENDOAKAN KEBAHAGIAANNYA ITU ADALAH CINTA~

P/S:punya luahan hati hantar kan ke EMAIL:

attasuet@gmail.com

TQ for join my bloger

Saturday 21 April 2012

kekasih yang aku tinggalkan






ketika kita berpisah
air matamu tidak mengalir
kau hanya tersenyum
wajahmu
sesegar matahari terbit
mengusap mataku mesra
senyummu
seindah pelangi
melonjak hatiku keriangan
matamu secantik bintang malam
memukau hatiku menatap pasrah
pelukanmu erat 
seteguh harapan cintamu
kata hati ku terlepas
kala rambutmu membelai pipiku dalam pelukanmu
aku mencintaimu
itulah pengakuanku

kini kita berjauhan
membelakangi cinta mengejar impian
dan kini aku mempersoalkan
mengapa impian meragutku pergi darimu
menyesatkan hati dan fikiranku
meracuni hatiku dari cinta
sehingga masa menjarakkan kita jauh
dan cinta semakin pudar dalam memori hati

kini kurasa tiada apa padaku
hanya sepi menemaniku 
namun sepi telah menyembuhkan telinga hatiku
kerana hatiku mulai mendengar rindu
kenangan menari-nari dan berdendang
bercerita kepadaku setiap malam
memori cinta,harapan dan penantianmu
hatiku jelas berkata
aku telah bersalah padamu
fikiranku jelas menangis 
merayu detik masa kita berpisah harus diulang
kerana aku ingin berkata 
kata yang harus kuucapkan seterusnya
ketika kali terakhir kau memelukku erat
jangan lepaskan pelukanmu dan
jangan biarkan aku pergi
kerana aku telah sedar
kaulah kekasih sejatiku dan
kerana aku hanya ingin 
bersamamu selamanya


BY:gaman mogkuo

Tuesday 19 July 2011

~kenangan~

Kenangan semalam membuat aku terkenangkan mu
bagaimana aku harus melupakan kenangan itu
ingin ku lupakan nya....
namun aku tidak terdaya
selagi aku mencintaimu
hati dan jiwa ini tetap terseksa dan
ku tahu dirimu juga terseksa di sana...

dulu kata mu sayangku cintaiku,
sayangku fahamilah aku.....
namun kata-katamu kini hanya
sahutan rinduku padamu.......
walau aku telah mencintaimu
walau aku telah fahamimu..

biar lah ia tinggal kenangan
kerana cinta kita telah berakhir
walau bukan kerelaan......
aku dan dirimu terpaksa jua berpisah..
sakitnya hati walau tak tertahan
terpaksa juga kita harungi perpisahan ini..

aku cuma berharap... tabah lah sayang
biar masa yang membawa pergi rasa ini
usah lah di tangiskan cinta yang lalu
agar tiada lagi sesalan cinta terhalang
di antara kita...
sama- kita lupakanya......

Friday 15 July 2011

luahan hatiku

hari isnin yang lalu aku betul betul rasa terseksa kerana aku terlibat dengan kemalangan jalan raya.....
walau pun tidak juga teruk tapi cukup buat aku terkejut. aku akan cuba untuk tenangkan hatiku.
kemalangan ini ada lah yg pertama dalam hidupku. dan aku harap kemalangan ini adalah yang terakhir
tiada lagi yang akan berlaku..sesungguh nya malang tidak berbau di mana2 pun boleh terjadi kemalangan.. tanpa di duga tanpa di minta.... untuk itu setiap perjalan kita harus dahului oleh doa mengharap tuhan akan lindungi perjalanan kita.walau bagaimana cara kita berdoa  Tuhan hanya 1. tiada ke 2.walaupun rasa boring yang teramat sangat.. hmmm aku sabar jak lah... ini dah takdir dari tuhan dan mungkin ada rahmat di sebalik kemalangan ini..
Tuhan maha pengasih dan maha penyayang jadi aku tahu  Dia tak akan biarkan aku terseksa tuk selamanya.
aku percaya Tuhan sentiasa bersamaku tidak kira susah atau senang Dia pasti bersamaku.hmmmm... kepenatan ini membuatkan aku tidak dapat menaip terlalu lama aku kena banyakkan rehat untuk pulih sepenuhnya.... untuk itu untuk hari ini biarlahsampai disini sahaja tuk hari ini.... Dan kepada kawan2 semua nantikan CERPEN bersiriku bermula minggu  depan.... see ya good night...

~teman tapi mesra~

detik sepi suka dan duka
aku kongsikan bersamamu
namun masih dapat kah aku
kongsi kan segalanya denganmu
lagi....katamu tiada yang mustahil
tetapi hatiku tetap risau akan kehilanganmu..


Terasa tentangmasa depan 
yang aku lalui tanpamu...
kata~kata mu masih segar dalam ingatanku
biarlah kita jadi "TEMAN TAPI MESRA"
itu lah ayat darimu.... 
tidak kah kau tahu wahai sayangku
hatiku amat terseksa...


terseksa bukan keranamu tetapi 
terseksa kerana diriku sendiri
yang tidak mampu memegang prinsip percintaan...
jatuh cinta padamu 
membuat kan aku sukar untuk undur diri
kerana dalam hatiku telah ada kamu..


Tetapi setelah aku terima penjelasan
darimu.. baru lah aku sedar akan kenyataan
iaitu mencintai bukan bermakna 
untuk memiliki...cukup lah sekadar memiliki hatimu
bukan ragamu....
aku akan tetap setia dan akan mencintaimu
walau cinta kita adalah yang mustahil....





Tuesday 12 July 2011

~rasa bersalah~

aku di himpit oleh rasa bersalah
antara dirimu dan dia kesayanganmu
aku tahu aku yang bersalah
namun aku tidak mampu lari dari
perasaan cinta padamu...


hari ini saat aku  menahan rasa sakit ini
dia menghantar tinta padaku
mengapa aku yang harus di persalahkan
salah kah aku mencintaimu...
salah kah perasaan ini.......




terhina nya diri ini bila 
kau katakan aku penghalang 
antara kau dan dia.....andai masa dapat
berputar kembali...alangkah baiknya...
aku tak akan mencintaimu...







www.myvfm.net